Tak kenal maka tak cinta


Saya nak cerita sedikit demi sedikit mengenai diri saya..Bab pergaulan la jadi topik utama..Kadang-kadang mungkin orang ingat saya ni pendiam. Sebab saya tak ramah sangat dengan orang...tu sebab baru jumpa..mula-mula biasalah..ataupun saya tak berapa nak rapat dengan orang tu..So, saya ambil tindakan untuk diamkan diri dan tunggu respons dari orang tu..kalau orang tu ramah @ rasa ok...saya on je...
Macam kawan-kawan saya...kalau dah rapat memang riuh dibuatnya..hari-hari macam-macam topik nak dibualkan..ada sahaja yang menggelikan hati kami..itulah yang menjadi pengikat persahabatan antara kami..
Kalau saya dah mula rapat dengan seseorang..ada sahaja perkara saya nak usiknya..seronok pula..hehe... 
Saya bukannya apa..kalau orang tu tak tegur saya dulu..mulalah saya fikir..orang nie nak kawan ngan aku ke? macam-macam saya fikir..tapi kadang-kadang saya tegur je...kalau respons baik lagi suka lah saya.....

Kadang-kadang nak mula bergaul dengan orang nie tak boleh nak dipaksa tapi dengan kerelaan sendiri..mungkin inilah sikap saya..bila mula kenal diam je kot..hehe..tapi dah lama macam2 jadinya..hehe...

So, kalau tak kenal seseorang memang tak cinta...ataupun jangan menilai seseorang dari luaran sahaja.. DON'T JUDGE BOOK BY IT'S COVER..


 Salam persahabatan kepada anda yang baru sahaja mengenali diri ini..kepada yang sudah mengenali saya.. bersahabatlah kita sehingga ke akhir hayat...

Comments

Popular Posts