PROGRAM IMAM MUDA KE PENGHUJUNGNYA JUGA...

imam- imam muda musim ke-2


Program Imam Muda musim ke 2 ke penghujungnya juga...tahniah diucapkan kepada Imam Muda Hassan kerana dinobatkan sebagai Imam Muda terulung (Johan Imam Muda musim ke 2) manakala Imam Muda Nazrul dinobatkan sebagai naib johan..Sebenarnya pada pandangan saya tujuan sebenar program ini dijalankan adalah untuk mengasah bakat anak-anak muda zaman kini ke arah kebaikan..
Jika kita lihat sekarang ini berbagai progaram realiti berbentuk hiburan semata-mata dijalankan. Walaupun pada dasarnya adalah untuk mencari bakat-bakat pelapis bagi artis di persada seni tanah air...tetapi program-program berbetuk ilmiah amat kurang di kaca tv..Oleh it, program imam muda ini wajar dipertontonkan kepada masyarakat bahawa program-program islamic seperti inilah yang wajar ditonton oleh anak-anak muda zaman sekarang..Zaman sekarang anak kecil berusia 7/8 tahun sudah diajar oleh ibu bapa untuk mengikuti program-program hiburan malah dihantar untuk menyertai program realiti bagi kanak-kanak..

Ini menunjukkan bahawa pendedahan mengenai program umpama pendidikan & ilmiah jarang sekali diketengahkan oleh ibu bapa sehinggakan ada sesetengah anak- anak bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi apabila dewasa kelak dan seterusnya tidak memikirkan tentang kepentingan pelajaran itu sendiri..

imam muda hassan dan imam muda nazrul : (peserta peringkat akhir bagi program imam muda )

Sememangnya program berbetuk ilmiah perlu ditingkatkan lagi selain dapat menjamin pembangunan insan berkualiti di kemudian hari nanti..Generasi muda adalah pemangkin kepada pembangunan sesebuah umat ...hancur generasi muda..hancurlah negara..maka rapuhlah umat..Umat yang cemerlang perlu dibangunkan dengan pendidikan yang berkualiti... :)

Comments

Popular Posts