jom join blog nie....

Tuesday, May 14, 2013

OPAH

            14 Mei 2013..2 pagi...aku dapat call dr mak..aku berdebar2 dr hari2 sebelum nie..sbb sebelum nie mak kata opah nazak..cuba bayangkan pukul 2 pagi mak aku call..aku terus teringt opah..
mak call, ckp opah dah tak ada...aku x tau nak wat ape...pukul 2 pagi..mne nak cri bas..kalau nak balik naik kete(kete pun x ada) mmg bahaya dr skudai ke taiping...hanya Allah je yg tau perasaan aku waktu tu...mcm2 cara aku fikir mcm mne nak balik walaupun mak aku kata x payah balik..tapi hati ni sbnrnya meronta2 nak balik..mcm2 cara aku buat..sampai la aku terfikir nak balik naik flight..survey tiket flight walaupun aku tau mak ngan abah msti x bagi..dan mmg Allah x izinkan aku nak balik..tiket flight x de..hnya Allah je yg tau perasaan aku waktu tu nak gila pun ada jugak sampai la aku fikir apa la dosa aku sampai mcm nie sekali..tapi bila aku fikir2 balik xpe la...aku sempat jumpa opah mggu lepas masa balik cuti mengundi..masa mula2 abah n mak kata nak balik kampung aku tolak, aku kata banyak kerja..risau kalau balik x sempat nak siapkan..dengan test lagi waktu tu..tapi bila fikir2 balik kesian dekat mak..xpe aku balik jugak..lagipun opah masa tu mmg x sihat lepas jatuh hari tu..sebelum aku nak balik rumah..hati nie terdetik bile la aku bole jumpa opah lagi??aku sgt risau kalau tu yg terakhir..

nie kali ke2 aku hadapi sama mcm nie.. dulu masa kat matrik arwah pah(sblh abah) meninggal..aku x sempat jumpa jugak..situasi dia sama mcm nie.. aku balik kampung masa lepas cuti wesak..aku tgk masa tu pah x sihat sgt dah....seblum masa aku nak balik matrik..aku fikir..bole lagi ke aku jumpa pah lepas nie??dan smggu lepas tu..mak call kata pah dah tak ada..aku ingt lagi pukul 8 mlm..6/6/2010..tarikh yg x dpt aku lupakan ..dan opah pulak meninggal pada 14/5/2013..lepas nie dah tak ada org yg aku nak pggl opah.. tapi aku x ralat sbb aku dah balik jumpa opah..aku ada jugak balik masa opah jatuh hari tu..aku terus balik cri tiket malam tu jugak dr skudai ke taiping..sbb mak call kata jantung opah terhenti sekejap..masuk icu (seblum tu opah jatuh n patah tulang peha)...tapi umor opah masih panjang..dia ok lepas tu..nada suara mak sedih waktu tu..

dulu masa mohon U..aku mintak dekat2 je dengan rmh ..upm, upsi..sbb aku x nak benda yg sama berlaku masa aku kat matrik..aku x sempat jumpa pah buat kali terakhir(jumpa seminggu sblum tu je)..hanya pergi masa org baca talkin je..aku balik tu sbb ada kawan( rapat) mak abah , mak dia pun meninggal jugak 2/3 hari sbum tu...so dia hantar aku blik dr melaka ke ipoh..
sekarang nie x de sape nak hantar..aku x ada sedara sblh mak aku kat johor ni..so yg aku mampu doa dr jauh je n menenangkan hati..aku terfikir apa la salah aku sampai benda yg sama berulang dua kali? bukan aku x ada usaha nak balik..tapi Allah x izinkan...mesti ada hikmah disebaliknya..dan sekarang aku masih lagi berfikir..walaupun x ada jawapannya lagi..tapi aku tahu Allah mesti nak uji aku sebab Allah sayang aku n tau aku kuat.. walaupun aku tau , aku x la sekuat mana pun..kalau aku sedih mak lagi sedih..aku tanya mak  masa call semalam mak ok x? mak cakap mak ok bila lepas mandi jenazah, muka arwah opah senyum je, tenang nampak..
aku hanya mampu berdoa semoga arwah opah dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..semoga aku dapat jumpa dengan arwah opah di akhirat kelak...jumpa di syurga nnti ye..

#moral of the story: sayangilah kedua ibu bapa kita/saudara mara kita...kita x tau bila kali terakhir kita jumpa dia n bila dia akan pergi meninggalkan dunia atau kita yg akan pergi dulu..pulanglah selalu berjumpa mereka.. supaya tak menyesal di kemudian hari nanti..:)
abah selalu ingtkan aku, kalau mak bapak dah x de ..nak menangis air mata darah pun tak guna dah..masa mak bapak ada nie la kita nak jumpa n bagi apa yg dorg nak...gembirakan hati dorg..sampai sekarang aku pegang kata2 nie..
AL-FATIHAH


2 comments:

  1. Salam...Jihah bila rindukan opah, sama sama kita sedekahkan alfatihah untuk opah..
    Mak uda pun..walau selalu balik jengok opah..tapi saat saat terakhir, mak uda tak dapat bersama..tapi mak uda redha..
    al fatihah untuk opah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...