HENTIKAN DEMOKRASI JALANAN !



Sekarang nie kecoh mengenai demokrasi jalanan di dada-dada akhbar...apa plak nie..saya sebenarnya tak faham sangat dengan istilah demokrasi nie..tapi cuba la nak faham masalah politik yang melanda negara sekarang nie melalui suatu sumber dari internet..


Demokrasi boleh dimaksudkan sebagai satu sistem politik yang boleh dikatakan sebagai semua rakyat boleh buat sebarang atau keputusan yang penting tentang polisi awam. Demokrasi sering digunakan atau diperkatakan sebagai melambangkan kesamaan politik. Ini dapat di dilihat di mana demokrasi mempunyai sifat atau dasar terbuka dalam politik di mana pertandingan parti-parti politik semasa pilihanraya adalah terbuka. Sesiapa sahaja boleh bertanding secara terbuka. Pemenangnya akan mewakili rakyat untuk menyatakan sebarang dasar atau keputusan rakyat kepada kerajaan.

Perlu ke demokrasi di sana sini? Saya ni bukanlah pengikut setia politik negara..kalau bahagian surat khabar tu bahagian hiburan terlebih dahulu diterjah sehabis mungkin..hehe... Tapi kalau berita tu da semakin hangat baru la saya ikuti perkembangan...Lagi pun saya nie nak melibatkan diri dalam politik dah la x cukup umur lagi...belajar pun tak habis lagi...Tapi daripada semua nie...Saya harap hentikanlah segala demokrasi jalanan ini yang boleh menggugat keamanan negara kita..Bukan senang keamanan negara hendak dikecapi..Kalau boleh buat lah kata sepakat yang sebaiknya ..Kalau keamanan negara tergugat..bagaimana nasib kami anak-anak bangsa yang masih merangkak mencari sebuah kejayaan..Tapi belum pun kejayaan itu dikecapi keamanan mahu diragut...

Bersepakatlah sesama sendiri untuk membangunkan negara... Janganlah di sebabkan kuasa ...semua perkara menjadi kabur...Sememangnya peristiwa 13 May 1969 yang berlaku lebih 40 tahun yang lalu janganlah berulang kembali..harap-harap begitulah...

p/s: sama-samalah kita memelihara keamanan negara tercinta...:)

Comments

Popular Posts