Angkara Dadah...



Tadi baru tgk cerita dekat astro prima tajuknya Hati Seorang Ibu...ceritanya cam nie...si ibu terpaksa mengharungi penderitaan yang mana 3 orang anaknya menagih dadah...dua daripadanya dah meninggal dunia...suami pun x bertanggungjawab...si ibu sanggup berkorban apa sahaja demi si anak,,,walaupun anaknya dikatakan mencuri, menagih dadah tapi dia tetap mempertahankan anaknya ...dia sanggup menghadapi hinaan daripada orang kampung....


Inilah dikatakan angkara dadah...angkara dadah...orang sanggup berbunuhan...utk dapatkan duit beli dadah...angkara dadah manusia rosak hilang pedoman...angkara dadah...maruah tergadai...keluarga mendapat malu...angkara dadah...masyarakat dipandang hina..
Janganlah mencari keseronokan semata-mata kerana dadah...walaupun dadah dikatakan musuh no 1 negara...tapi masih ada lagi yang menagih dadah...kerajaan mmg sygkan mereka ini...sanggup berhabisan jutaan ringgit untuk memulihkan mereka...supaya mereka menjadi insan yang berguna...namun, bilangan penagih dadah semakin bertambah dari hari ke hari...siapakah yang harus dipersalahkan? adakah ibu bapa? keluarga? rakan-rakan? guru-guru? masyarakat ataupun penagih dadah itu sendiri...
Memang tidak dinafikan ada yang sudah berubah dan menyumbang bakti kepada negara...tetapi masih ramai juga yang terus-terusan menagih dadah....mengapa dadah yang dicari? 
Antara faktor para remaja terutamanya bangsa Melayu menagih dadah mungkin disebabkan oleh ibu bapa yang sibuk, kurang kasih sayang..masalah keluarga ataupun disebabkan faktor rakan sebaya...


Hanya beberapa sahaja pesanan saya kepada semua anak-anak remaja...fikirlah dahulu sebelum bertindak...bertindak menggunakan kewarasan akal...sayangilah diri anda..kerana masih ramai lagi yang menyayangi diri anda...jauhilah diri daripada dadah...bijaklah memilih rakan...

Comments

Popular Posts