DAMYA HANNA..


Semalam dalam surat khabar harian Metro ( 1 Julai 2011 ), terdapat artikel mengenai penulis novel terkenal Damya Hanna..ataupun nama sebenarnya Intan Suhana.kenapa saya tertarik nak tulis pasal beliau sebab saya memang minat baca novel..So, saya ada lah membaca beberapa buku yang ditulisnya..ada yang saya pinjam dan ada yang saya beli sendiri...Kalau baca novelnya memang saya tertarik..sebab kalau jumpa novel beliau mesti saya akan teliti dulu sebelum tengok novel-novel oleh penulis yang lain..kalau sinopsis dia ok..
Tapi yang lebih menarik perhatian saya ialah Damya Hanna nie pernah melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka..iaitu suatu tempat yang saya pernah menuntut ilmu beberapa bulan yang lepas..tiba-tiba semangat nak menulis novel berkobar-kobar pula...hehe...seronok juga ye..
Mana tak nye..dalam umur 29 tahun Damya Hanna adalah antara jutawan.. dengan hanya menulis novel dengan mendapat hasil daripada royalti..Beliau sebenarnya dalam bidang akaun...(degree) dan ambil sekali lagi degree dalam bidang kesusasteraan Melayu.. hehe..Mungkin suatu hari nanti saya nak jadi penulis macam dia la.. (berangan lagi)..ye la ..mana la tau...boleh jadi pekerjaan sampingan..Lagipun Damya Hanna mula menulis novel semasa umurnya 20 tahun..seronok juga ye...dapat menulis dan dapat menghasilkan novel sepertinya.. Beliau kata pernah nampak orang baca novelnya..semestilah dia gembira..tapi dia tengok je...saya suka baca novel sebab saya dapat tau liku-liku kehidupan manusia walaupun watak-watak dalam novel tu tak wujud tapi saya merasakan bahawa semestinya ada manusia yang pernah mengalami situasi seperti itu di dunia ini...Sebenarnya membaca novel ini adapat mematangkan diri saya sedikit demi sedikit tanpa saya sedari..

p/s : kepada sesiapa yang nak beli novel terpakai daripada saya boleh la ye...bukunya ok lagi..baru sekali baca...kalau nak boleh bagi tau saya ye...harga boleh runding...sebab daripada saya simpan baik saya jual...saya jenis yang tak suka baca buku yang sama banyak kali...terima kasih..

Comments

Popular Posts