jom join blog nie....

Thursday, June 30, 2011

PEROKOK!! KASIHANILAH KAMI...

Kali ni saya nak share dengan anda mengenai perokok yang suka merokok di kawasan awam...alahai...bukan apa..kadang-kadang di kedai makan pun ada perokok nie menghembuskan asapnya di kawasan sekitar..tabiat ini sememangnya mengganggu orang lain yang sememangnya mengganggu orang lain untuk menikmati makanan di situ.. saya ada juga terfikir, mereka ni tak kesian ke kat orang lain yang tak merokok yang sedut jugak asap rokok mereka,...kami terpaksa menyedut asap rokok..yang sememangnya lebih berbahaya daripada anda yang menghisap rokok..janganlah seksa kami begini..kami tidak mahukan asap rokok itu daripada anda...
Kadang2..ada jugak terfikir..mereka ni tak pakai otak ke masa nak merokok...fikir diri sendiri je... 


Remaja sekarang yang sememangnya berada dalam tanggungan ibu bapa lagi...duit nak makan pun mak bapak yang bagi tapi beli rokok...tak tau ke rokok tu mahal? lepas tu berbangga plak bila hisap rokok...macam mana nak belajar sedangkan anda merosakkan otak anda...tak terfikir ke mengenai hal ini? takkan nak hancurkan masa depan demi rokok kesayangan anda itu? Pada pendapat saya la, kini boleh jadi jutawan kalau duit yang kita belanjakan untuk beli rokok tu disimpan sedikit demi sedikit selama dalam lingkungan 30 tahun...sapa tahu kan? cuba la ..kalau nak tau..tak tau lah remaja sekarang ni bangga sangat dengan rokok tu... membazir duit je...kalau di tanya dia cakap nikmat yang Allah bagi...saya dengar sendiri ayat ni...ada lah ceritanya...tapi tak apa lah kan...bukan duit saya pun..sendiri sakit sendiri tanggung la...tapi jangan la cuba nak libatkan orang lain jugak...SEDARLAH YANG MENYEDUT ASAP ROKOK ANDA TU LEBIH BAHAYA DARIPADA ANDA SI PEROKOK...Nak tau tak apa ada dalam rokok...??

Saya nak tegaskan kat sini...saya sebenarnya nak luahkan ketidak puashati saya kepada para perokok yang merokok di tempat awam...masa org tgh tggu bas, orang dekat restoran...tolonglah hormati kami yang tidak merokok ini...kalau anda nak merokok..itu terpulanglah kepada hak masing2..tapi tolonglah hormati kami...lagi pun kalau anda nak merokok pergilah kat tempat yang tak ada orang..biarlah anda sorang aje hisap..anda yang sedut...

Kalau nak cerita mengenai akibat merokok memang banyak la...tak terkira...dengan sakit jantungnya..mcm2..kanserlah...tgk gambar kat atas...ni la gambar otak si perokok...erm...

walaupun da banyak kempen...tapi lagi banyak perokok dilahirkan tiap-tiap hari.....
p/s:katakan tidak kepada rokok...:)

 




 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...