Al kisah sewaktu menunaikan solat terawih...

hehe...alkisah sewaktu menunaikan solat terawih...haha...ok straight to the point la ye..memandangkan dalam bulan yg mulia ini (bulan ramadhan) ..matlamat hanya satu untuk mencari keredaan di dalam bulan yang mulia ini... maka ahli2 keluarga pun selepas berbuka & solat berjemaah...semua bergegas ke masjid/surau...ibu-ibu dan bapa-bapa turut membawa anak2 mereka yg belom cukup umur (akhil baligh ) dengan harapan anak2 mereka akan biasa  pergi ke surau bila dewasa nanti...dan dapat menjadi anak yg soleh & solehah..

Tapi yg jadi sebaliknya...sewaktu imam mengangkat takbir dan selesai membawa al fatihah...anak2 kecil nie buat bising..menjerit sana sini...bermain kejar2...ada yg menangis...mungkin ada yg pakai pampers sudah ada najis di dalamnya...apa sudah jadi? niat mmg baik...tapi kalau macam ni mengganggu org lain nak solat..itu dah jadi suatu dosa sbb ganggu org lain solat.. elok2 baru nak khusyuk dah dengar sura pekikan di dalam masjid/surau...adakah anak2 ini yg harus dipersalahkan kerana tidak menghormati surau/masjid? tidak bukan? mereka tidak mengerti apa2...mereka tidak tahu berfikiran waras lagi... mereka tidak tahu tempat itu adalah rumah Allah tempat org beribadat...mari renungkan...
tidak termasuk lagi anak2 yg berlari di atas sejadah & melintas di hadapan masa org sdg solat... semua ibu bapa mahu anak mereka mengenal rumah Allah...niat sudah baik..tapi caranya saje tak berapa nak betul...mungkin ada inisiatif lain jika ibu bapa nak turut serta solat terawih...

marilah kita renungkan bersama....org lain tak mahu nak tegur anak anda ..sbb x nak nanti jd gaduh...hanya anda saje yg boleh bertindak...

Comments

Popular Posts