ERTI KAWAN...
salam...dah lama sudah saya x update blog nie...masa yg diambil sblm nie hanya sibuk dengan pelajaran...tapi kali nie nak cerita pendapat saya mengenali kawan...mmg sebelum nie saya tak pernah menjejakkan kaki ke asrama dan tinggal dengan kawan dan sekarang di matrik baru lah saya merasai erti sebuah persahabatan...
bagaimana erti kawan...bagaimana nak mencari rakan yang baik...saya dah jumpa berbagai rupa,perangai rakan...tapi sebenarnya bukanlah susah untuk mencari seorang rakan tapi memang susah nak mencari rakan yang memahami,setia...maklumlah dah berjauhan dengan keluarga.kita harapkan rakanlah sebagai tempat utk kita bergantung.
Sebenarnya saya ada membuat sedikit pemerhatian mengenai rakan. Kita semestinya pernah dengar istilah kawan makan kawan.Pernahkah anda terfikir kepada istilah ini timbul??? Mungkin ini adalah salah satu kesilapan kita.Sebab salah pilih kawan.Sebenarnya hidup ini bukan untuk kita sahaja.Kita kena hidup dengan orang lain juga. Tapi bagi sayalah jika sekali sekala kita cuba hidup sendirian. Tak semua benda kita perlukan kawan dan tidak semua perkara kawan mesti ada bersama kita.Bagi saya saya perlu mencari rakan yang betul-betul memahami dam boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang kita hadapi.So, dengan ini tak timbullah istilh kawan makan kawan.Tapi cubalah memahami perasaan rakan anda.jangan nak ikut kepala sendiri je.
Bagi saya rakan amat penting tapi rakan yang bagaimana...banyak kategori rakan dalam hidup nie...Kadang-kadang kita kena cuba jangan menyusahkan kawan bukan wang tapi perangai kita.Kadang-kadang kawan kita risau perangai kita yang berdiam diri.Lagi satu,jika ada masalah dengan rakan anda itu,cuba "slow talk" dia dengan dia dan cerita ketidakpuasan hati anda.Jangan cuba menjaja keburukannya kepada orang lain.Ini sungguhlah amat tidak patut.Anda tidak sepatutnya melakukan kekejaman seperti ini.Jika buruklah sgt perangainya cuba cerita kepadanya. Hanya ini sahaja yang yang dapat menyelesaikan masalah anda.
Oleh itu,cubalah untuk mencari dan menjadi seorang sahabat yang setia dan bermakna...
Comments
Post a Comment